Thursday, December 4, 2008

Bercuti...

Assalamualaikum...
Lama aku tidak update blog ni. Maklumlah, tengah sibuk bercuti di rumah. Ni sudah masuk minggu yg ke 3 aku berada di rumah. Agak bosan juga sebab tiada planning cuti ni. Kelmarin, aku berjalan-jalan ke One Borneo. Best jg sebab tempat tu first time aku pegi. Agak besar juga. Kalo di KL macam Midvalley juga la. Tapi, first yang aku cari dekat one borneo ialah tempat boling. Hehe. Aku mencari tempat perlawanan yang sesuai antara aku dan Samsul Juwait. Harap-harap, match kami dapat di langsungkan pada tahun depan. Itu pun kalau si Samsul ni balik dan dia berani sahut cabaran aku. Haha. Ok la. Samapai di sini sahaja dulu. Minggu ni agak sibuk sebab kakak aku yang sulung akan bertunang. Tahniah la aku ucapkan untuk dia. Harap-harap, cepat la kawin ya. Ni ramai sudah adik-adik ko tunggu turn untuk kawin terutama si Hannan. Banyak sudah girlfriend dia tu. Haha. Akhir kata, kepada kawan-kawan, jemputlah hadir pada hari sabtu ni lepas solat zohor (12.30pm) waktu Sabah. hehe. Akhir kata, selamat bercuti dan selamat mencari sponsor untuk ke Mesir buat sahabat-sahabat sekelas. Wassalam.....

Friday, October 10, 2008

Hikmah Mengerjakan Solat Tahajjud

Mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat antaranya;-

1) Wajahnya akan memancarkan cahaya keimanan

2) Akan dipelihara oleh Allah dirinya dari segala macam bahaya

3) Setiap perkataannya mengandungi erti dan dituruti oleh orang lain

4) Akan mendapat perhatian dan kecintaan dari orang-orang yang mengenalinya

5) Dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang bercahaya

6) Diberi kitab amalan di tangan kanannya

7) Dimudahkan hisabnya

8) Berjalan di atas shirath sepantas kilat

Renung-renungkanlah...

Doa kemudahan dari segala urusan

" Ya Allah, aku memohaon kepadaMu kesempurnaan nikmat pada segala perkara dan mensyukuriMu atasnya, sehingga Engkau redha dan sesudah redha itu aku mohonkan pula padaMu untuk memilih segala apa yang boleh dipilih dan dengan segala kemudahannya, bukan yang sulit lagi sukar dikerjakan. Wahai Tuhan Yang Mulia. Amin"

Thursday, September 25, 2008

Perjalanan.....

Sesungguhnya perjalanan sejauh beribu-ribu batu itu bermula dengan langkah yang pertama. Setiap kali diri kita melangkah, mulakanlah dengan nama Allah. Moga apa sahaja yang kita lakukan akan diberkati.

Sejauh mana pun diri kita melangkah sepanjang perjalanan yang kita lalui, INSYALLAH, dengan izin Allah, kita akan sampai ke destinasi itu

Tetapi, andai kita tidak sampai ke destinasi itu, atau kita tersalah haluan, maka seharusnya kita kembalilah ke pangkal jalan, beristighfar, dan memohon kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus lagi benar.

Ketahuilah teman, andai destinasi kita tidak sehaluan, INSYALLAH, kita pasti bersua di satu titik pertemuan, iaitu atas dasar Taqwa dan Iman....

Tuesday, September 23, 2008

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA 
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA 
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA 
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT 
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA 
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM 
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH 
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN 
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN 
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH 
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS 
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.
Kita renung-renungkanlah.
WASSALAM....

Sunday, September 21, 2008

Berbuaka di Pwtc


Asslamualaikum.
Hari ini saya pergi ke majlis berbuka puasa di PWTC. Majlis berbuka ini dianjurkan oleh Yayasan Sabah dan telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, merangkap Ketua Menteri Sabah. Beliau turut berbuka puasa bersama anak jati Sabah

Sebenarnya, saya mengikuti program ini bukan mewakili pelajar-pelajar sabah dari UiTM. Tetapi saya mengikuti secara sembunyi-sembunyi mengikut pelajar-pelajar Sabah dari UIA. hehe. Dengan bergaya seperti seorang pelajar yang mengambil jurusan agama, ramai yang tidak mengetahui bahawa saya menyamar menjadi pelajar UIA.  Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Hisham Tahir, president anak-anak Sabah di UIA yang memberi peluang kepada saya untuk mengikuti rombongan mereka. Beliau juga merangkap senior saya semasa bersekolah di SMK Agama Kota Kinabalu.

Ramai sahabat-sahabat sekolah dan matrikulasi Labuan yang saya temui. Banyak juga cerita-cerita yang dapat dikongsikan sepanjang program itu. Saya juga sempat berjumpa dengan adik saya, iaitu Hannan yang datang daripada UTM, Johor. Ramai juga kawan-kawan lama yang sempat saya jumpa.Diantaranya Jamil, Raif, Aisyah, Khadijah, Raslinati, Fatihah, Angah, Asilah, Yunus, Suharto, Oyo, Samsudin, Nizam, Adi dan ramai lagi. Saya rasa seronok sangat sebab dapat berkumpul dan berjumpa dgn sahabat-sahabat yang lama.

Akhir sekali, Ketua Menteri sempat memberi sumbangan duit raya kepada siswa-siswi. Agak lumayan juga. Rm 60 seorang. Hehe. Mungkin ini merupakan tahun terakhir saya mengikuti program ini kerana INSYALLAH tahun depan saya dah habis belajar. Walaupun menjadi orang tumpangan, tapi saya tetap berpuas hati sebab niat saya untuk menghadiri majlis ini sudah pun tercapai. ALHAMDULILLAH..

Saturday, September 20, 2008

Lawatan ke UIA (Universiti Islam Antarabangsa)

Salam.
Hari ini aku berada di bumi UIA. Suasana sini amat sejuk jika di bandingkan dengan rumah aku di sekdyen 7. Berada di kaki gunung genting Highland memungkin suasana di sini sesejuk berada di Kundasang.

Semalam, bermacam dugaan yang aku hadapi ketika dalam perjalanan ke UIA. Bermula dari seksyen 2, aku menaiki bas sehingga sampai ke KL Sentral. Sepanjang perjalanan, aku hanya mampu berdiri kerana tiada kekosongan di deck penumpang. Hampir 1 jam lebih aku berdiri di dalam bas.

Setibanya di KL Sentral, aku menaiki pula putra LRT menuju ke Terminal Putra yang terletak di Gombak. Perjalanan ini mengambil masa dalam lingkungan 35minit untuk sampai ke destinasi. Ceritanya sama sepeti berada di dalam bas. Aku hanya mampu berdiri sepanjang perjalanan. Secara keseluruhan, aku berdiri hampir 2 jam menuju ke UIA. Amat menguji keimanan.

Setelah sampai di terminal Putra, Arifuddin yang berjanji menjemput aku di stesyen juga mengambil masa yang lama. Aku tiba di terminal dalam lingkungan 5pm. Namun, aku di jemput tepat jam 6.03pm. Huhu. Bertambah lagi ujian terhadap diri ini.Namun, sewaktu menunggu Arifuddin, aku sempat membaca buku yang "soal jawab muda-mudi tentang Percintaan dan Pertunangan" yang di karang oleh sahabat kepada ustazah Hidayah iaitu Juraish Kamaruddin. Bagi aku, buku ni amat sesuai untuk dibaca oleh golongan remaja kerana ia banyak membatu dan dalam pada masa yang sama juga dapat memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja kini bagaimana cara yang di syorkan oleh Islam untuk memikat pasangan yang diidamkan.

Pada malamnya, aku bersolat Isya' dan solat sunat Terawih di masjid Sultan Ahmad Shah, UIA. Ini merupakan kali kedua aku bersolat terawih di masjid ini. Kali pertama aku bersolat di masjid ini pada ramadhan tahun lalu ketika hendak meghantar Samsul Juwait di KLIA yang berlepas ke United Kingdom. Aku dapat merasakan satu perbezaan ketara ketika berterawih di sini dengan berterawih di surau Seksyen 7. Imam di sini merupakan seorang "foreign student" dan bacaannya pula tidak terlalu laju di baca dengan penuh bertajwid. Jika aku berterawih di surau seksyen 7, Imam membaca terlalu laju sehingga bacaan yang dibaca kurang jelas. Apapun, itu la perbezaan yang ketara yang aku dapat lihat ketika berada di UIA.

Selepas terawih, tepat jam 12, aku, Arifuddin, Imran @blues dan Al Imam Al-Hafiz Mohd Aisamuddin berkumpul di cafe ALI. Kami berborak lebih dari 2 jam sehingga 2 pagi. Rindu dengan mereka semua. Tetapi aku rasa sedikit bersalah kerana Aisamuddin ada ujian "tasmi'" untuk hafazan beliau selepas solat subuh. Risau pula Al-Hafiz Aisamuddin ni hilang hafalan yang di bacanya. Dalam jam 2 pagi, kami pun beredar ke destinasi masing-masing.

Thursday, September 18, 2008

Putera Puteriku

Engkau bagaikan mutiara berharga
Dalam sepi kau penyeri
Dalam duka kau penawar
Hadirmu menyinari rumah tangga

Mengapa harus derita yang kau cari
Maruah kau pertaruhkan
Masa depan kau gadaikan
Mengalir airmata ayah bonda

Oh remaja harapan keluarga
Putera puteri negara
Pewaris nusa bangsa dan agama

Kembalikanlah nilai harga dirimu
Agar sempat kau tahu
Sejuk hati ibu yang melahir
Dan mendidikmu

Bangkitlah oh puteraku
Dari lena yang panjang
Berjuang bagai perwira yang berjasa

Bangunlah oh puteriku
Dari mimpi yang palsu
Pelihara maruah dan agamamu

Mengapa harus derita yang kau cari
Maruah kau pertaruhkan
Masa depan kau gadaikan
Mengalir airmata ayah bonda

Bangkitlah oh puteraku
Dari lena yang panjang
Berjuang bagai perwira yang berjasa

Bangunlah oh puteriku
Dari mimpi yang palsu
Pelihara maruah da agamamu

PadaMu Tuhan kami panjatkan
Teguhkan keimanan
Tetapkankanlah pendirian
Putera puteri harapan masa depan

Sunday, September 14, 2008

Luasnya Neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahanam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur’an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan." Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yang Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.
Wallahua’lam.

Firman Allah di dalam Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin ‘Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

Saturday, September 13, 2008

Ahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

Asslamualaikum W.B.T
Alhamdullilah, bertemu kita sekali lagi di ruangan ini. Kerana kesuntukan masa, tak sempat untuk saya membuat topic-topic baru.
Namun di kesempatan yang ada ini, saya akan cuba berkongsi pendapat dengan sahabat-sahabat sekalian.

Pertama-tama sekali, bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan perjuangan iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang membawa satu malam yang bersamaan seribu bulan. Sekarang kita telah memasuki fasa ke 2 dalam bulan Ramadhan iaitu fasa keampunan, Jadi,pada masa ini la kita seharusnya memanfaatkan untuk melakukan ibadah agar dosa-dosa kita yang telah lalu akan diampunkan oleh Allah S.W.T. Insyallah.

Sebut sahaja bulan Ramadhan, ramai yang beranggapan bulan ini merupakan bulan yang membataskan kita untuk makan dan minum di siang hari. Sebenarnya, bulan Ramadhan bukan sahaja mendidik kita dari menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja, tetapi ia juga merupakan satu bulan tarbiah buat kita untuk kita mendidik jiwa dan nafsu kita. Ramai di anatara kita ini yang sering terleka dan terlalai mengenai tanggungjawab kita sebagai seorang manusia di muka bumi Allah ini. Kita di utuskan adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Dalam masa yang sama kita hendaklah melakukan amal-amal ma'aruf dan menjauhi amalan-amalan mungkar. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama meningkatkan amal kita pada bulan yang mulia ini agar kita dapat mendekatkan diari kita kepada Allah S.W.T.

Penghujung kata dari saya,marilah kita renung kembali amalan-amalan yang telah kita lakukan di masa lampau. Adakah itu semua sudah cukup untuk membawa kita ke syurga? Masih banyak lagi yang kita perlu perbaiki. Seperti ceramah Al-Fadhil Ustaz Dr. Haron Din, Planet Marikh telah pun berpusing ke arah songsang di mana matahari telah berputar dari barat ke timur. Mungkin tidak lama lagi bumi kita pula akan mengalami nasib yang sama. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan kita agar kita membawa bekalan yang secukupnya untuk bertemu dengan Allah kelak. Marilah sama-sama kita memanfaatkan bulan Ramadhan dengan sebanyak-banyak amalan kerana mungkin ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat kita. Sekian. Wassalam....

Saturday, August 30, 2008

Merdekakah kita?

Assalamualaikum...
Terima kasih di ucapkan kerana sudi melayari blog ini.
Mari lah kita sama-sama mengucapkan rasa syukur kpd Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya, dapatlah kita meneruskan hidup dan perjuangan di muka bumi Allah ini.
Selawat dan salam diucapkan kepada rasul junjungan, Rasulullah S.A.W. Dgn perjuangan yang baginda lakukan bersama para sahabat, dapatlah kita menikmati nikmat Islam.

Hari ini, saya ingin berkongsi pendapat dgn saudara dan sahabat2 sekalian mengenai kemerdekaan yg negara kita kecapi selama 51 tahun. Sedar tak sedar, sudah lama kita menikmati kemerdekaan ini. Marilah kita sama-sama mengucapkan terima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang  terdahulu yang bersusah payah berusaha memerdekakan negara kita ini dari belenggu penjajah. Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka..
Al-Fatihah....

Amin.

Mari kita renungkan seketika. Mengenai tajuk yang cuba saya bincangkan pada hari ini mengenai persolan merdekakah kita? Mari kita sama-sama merenung kembali dan muhasabah diri kita ini mengenai erti sebenar penjajahan.

Benarkah kita sudah merdeka? Jika di renung kembali, mugkin kita telah merdeka dari sudut lahiriah. Berdasarkan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi 1998, perkataan "merdeka" membawa maksud bebas, lepas, beridri,bersendiri, berleluasa,berdikari dan langgas. Namun jika kita perincikan dari segi rohaniah dan mindaniah ,kita masih jauh untuk di katakan sebagai seorang yg benar-benar merdeka. Kita lihat sahaja remajarema zaman kini, di taburkan dengan kasih sayang DUNIA semata-mata. Hakikatnya kasih sayang terhadap AKHIRAT sering kali di abaikan. Sebagai contoh, baru2 ini sy sempat melihat adegan aksi pergelutan di antara 2 gadis yg masih belasan tahun(pelajar sekolah) di internet. Amat menyedihkan kerana pergaduhan yg berlaku di antara mereka turut di saksikan oleh orang ramai, namun tiada siapa yg cuba untuk mengambil inisiatif untuk meleraikan pergaduhan tersebut. Tambah memeritkan lagi,kedua-dua pelajar sekolah tadi yang awalnya memakai tudung tadi berantakan sehingga tidak sedar bahawa tudung yang dipakai tadi telahpun tertnaggal. Mereka seakan-akan telah di rasuk sehingga tidak sedar bahawa aksi mereka telah di rakamkan dan di pertontonkan ke seluruh dunia. Astaghfirullah. Apakah ini generasi Islam kita pada masa kini? Inikah yg kita katakan merdeka? Adakah ini yang ingin kita pertontonkan kepada orang ramai?. Perkara yang kita lakukan ketika ini seakan-akan kita mengiakan tanggapan bahawa Islam merupakan 1 agama pengganas. Diharap, sahabat-sahabat sekalian dapat mengambil iktibar daripada cerita ini. Ingatlah, apa yang kita lakukan bukan semata-mata memberi gambaran kepada diri kita sendiri sahaja, malahan ia juga memberi gambaran kepada Islam secara keseluruhannya.  

Ya Allah, ampunilah hamba-hamba mu ni Ya Allah. Jika di renungkan kembali sirah Rasulullah di saat baginda tenat, banginda sering kali menyebut perkataan "umatku,umatku,umatku." Baginda bimbang kerana umatnya di akhir zaman bagai buih-buih di lautan. Benarlah kata Rasulullah bahawa kita kini menghadapi situasi yg Rasulullah sebutkan tadi. Kita seperti buih-buah di lautan yg tidak bermakna. Apakah ini yg kita inginkan? Apakah ini yg kita impikan? Apakah ini yg ingin kita teruskan?

Sahabatku dan saudaraku,

Ayuh kita sama-sama renungkan segala kesilapan dan kelemahan yang telah kita lakukan. Ayuh sama-sama kita muhasabah diri kita ini agar dosa-dosa yang telah kita lakukan pada hari ini tidak akan kita ulangi lagi. Ayuh kita bangkit menegakkan kembali agama Islam di tempat yang sepatutnya. Mari kita sama-sama bersatu membenteras masalah sosial yang menghantui masyarakat kita pada hari ini. Mari sama-sama kita "memerdekakan" minda dan hati kita ini dari anasir-anasir luar yang membawa kegelapan kpd hati-hati ini. Mari kita teranggi hati-hati ini dengan nur(cahaya) yang mampu mengusir kegelapan dalam hidup ini.
Ayuh sahabatku, ayuh saudaraku...

Konklusinya, marilah kita kembali kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah S.A.W agar kita tidak terus berada di dalam kesesatan. Kepada sahabat-sahabatku dan saudara-saudaraku, andai diriku ini melakukan kesilapan dan kesalahan sama ada dalam keadaan sengaja atau tidak, maka tegurlah aku. Marilah kita sama-sama saling mengamalkan sikap tegur-menegur sesama kita. Mari kita imarahkan hidup kita ini dgn sifat saling nasihat-menasihati. Dengan ada sikap sebeginilah, barulah kita mampu bersatu dan mampu memerdekakan diri kita ini dari belenggu penjajahan jiwa dan rohani. INSYALLAH, biarpun usaha kita ini sedikit, namun ia pasti akan mendapat ganjaran di sisi ALLAH.

Semoga kita dapat bertemu lagi pada edisi yg lain. Salam kemerdekaan buat seluruh rakyat Malaysia...

Wassalam...

Friday, August 29, 2008

My Background

Assalamualaikum...
Kepada sahabat-sahabat, hari ini detik bersejarah kerana dgn jayanya,saya berjaya mencipta satu evolusi baru dalam hidup ini. Terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada ustazah Nurhidayah, pensyarah saya yang mengajar legal maxim di kelas kerana sudi berkongsi ilmu untuk membuat blog. Mudah-mudahan ustazah akan berjaya mencapai cita-cita untuk menyambung pelajaran selepas ini dengan jayanya. Amin.

Tidak di lupakan jg kpd sahabat-sahabat sekelas iaitu Helmi, Ashaari, Sobri, Poji, Hafidz, Lala, Zaza, Nini, Azwa, Masitah, Norzalikha, Yana Jonet, Yana Kecik, Shida Mawi, Ain Abote, Qilah, Leeya,  Syafiqah, Hanim, Aimi Rosmelia, Fairuz, Aimi, Anas, Sakinah B, Muslimah, Nursakinah, Akma, Kak Wawa, Kak Su, Farhanah, Zack, Surizah, Zaihan, Sharey,  Ain Samsudin, Shida Mpp, Effa, Suhainy, Norliyana, Rafidah, geng palapes ( Anis, Shaza, Aini), Salwana, Mashitah Hashim, Fariza, Shiha, dan Nuura,

Moga dengan adanya blog ini, ia akan dapat membantu memberi sedikit maklumat kepada sahabat-sahabat sekalian. Kepada kawan-kawan dari Sekolah Menenengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu (SMAKK), diharap dapat la kita berkongsi pengalaman sewaktu kita di sekolah dulu. Moga, jika kita ada kelapangan, moleklah kiranya kalau kita dapat mengadakan "Reunion" ataupun progaram untuk adik-adik kita di Smakk ketika ini. Tidak dilupakan kepada cikgu-cikgu di Smakk yang banyak memberi bantuan dan tunjuk ajar kepada saya sepanjang bersekolah di sana. Terima kasih saya ucapkan kepada Ustazah Rosnima yang kini mengajar di Pahang, Cikgu Farah, Ustaz Nik, Ustaz Zahari, Cikgu Anita, Ustazah Aminah(pengetua), Cikgu Fazliah dan Uncle Rustam, Cikgu Matusin, Cikgu Suhaibul, Cikgu Norlina, Cikgu Kertina, Cikgu Aslina, Ustaz Fazili, Ustaz Helmi, Ustaz Hafizi, Cikgu Azman, Cikgu Normah, Cikgu Halijah, Ustazah Nurimas,  Cikgu Amir, dan cikgu-cikgu yang lain. Jasa kalian tidak akan saya lupakan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian. Semoga Allah sentiasa merahmati guru-guruku. Amin..

Berbuka puasa di PWTC

Berbuka puasa di PWTC