Sunday, September 21, 2008

Berbuaka di Pwtc


Asslamualaikum.
Hari ini saya pergi ke majlis berbuka puasa di PWTC. Majlis berbuka ini dianjurkan oleh Yayasan Sabah dan telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, merangkap Ketua Menteri Sabah. Beliau turut berbuka puasa bersama anak jati Sabah

Sebenarnya, saya mengikuti program ini bukan mewakili pelajar-pelajar sabah dari UiTM. Tetapi saya mengikuti secara sembunyi-sembunyi mengikut pelajar-pelajar Sabah dari UIA. hehe. Dengan bergaya seperti seorang pelajar yang mengambil jurusan agama, ramai yang tidak mengetahui bahawa saya menyamar menjadi pelajar UIA.  Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Hisham Tahir, president anak-anak Sabah di UIA yang memberi peluang kepada saya untuk mengikuti rombongan mereka. Beliau juga merangkap senior saya semasa bersekolah di SMK Agama Kota Kinabalu.

Ramai sahabat-sahabat sekolah dan matrikulasi Labuan yang saya temui. Banyak juga cerita-cerita yang dapat dikongsikan sepanjang program itu. Saya juga sempat berjumpa dengan adik saya, iaitu Hannan yang datang daripada UTM, Johor. Ramai juga kawan-kawan lama yang sempat saya jumpa.Diantaranya Jamil, Raif, Aisyah, Khadijah, Raslinati, Fatihah, Angah, Asilah, Yunus, Suharto, Oyo, Samsudin, Nizam, Adi dan ramai lagi. Saya rasa seronok sangat sebab dapat berkumpul dan berjumpa dgn sahabat-sahabat yang lama.

Akhir sekali, Ketua Menteri sempat memberi sumbangan duit raya kepada siswa-siswi. Agak lumayan juga. Rm 60 seorang. Hehe. Mungkin ini merupakan tahun terakhir saya mengikuti program ini kerana INSYALLAH tahun depan saya dah habis belajar. Walaupun menjadi orang tumpangan, tapi saya tetap berpuas hati sebab niat saya untuk menghadiri majlis ini sudah pun tercapai. ALHAMDULILLAH..

1 comment:

shee said...

ala...aku lg la yg kempunan ni...
ntah bla dpt join
kmu x sd kan thn dpn...
aku jak lg tgl..huh~

Berbuka puasa di PWTC

Berbuka puasa di PWTC