Saturday, September 13, 2008

Ahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

Asslamualaikum W.B.T
Alhamdullilah, bertemu kita sekali lagi di ruangan ini. Kerana kesuntukan masa, tak sempat untuk saya membuat topic-topic baru.
Namun di kesempatan yang ada ini, saya akan cuba berkongsi pendapat dengan sahabat-sahabat sekalian.

Pertama-tama sekali, bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan perjuangan iaitu Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang membawa satu malam yang bersamaan seribu bulan. Sekarang kita telah memasuki fasa ke 2 dalam bulan Ramadhan iaitu fasa keampunan, Jadi,pada masa ini la kita seharusnya memanfaatkan untuk melakukan ibadah agar dosa-dosa kita yang telah lalu akan diampunkan oleh Allah S.W.T. Insyallah.

Sebut sahaja bulan Ramadhan, ramai yang beranggapan bulan ini merupakan bulan yang membataskan kita untuk makan dan minum di siang hari. Sebenarnya, bulan Ramadhan bukan sahaja mendidik kita dari menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja, tetapi ia juga merupakan satu bulan tarbiah buat kita untuk kita mendidik jiwa dan nafsu kita. Ramai di anatara kita ini yang sering terleka dan terlalai mengenai tanggungjawab kita sebagai seorang manusia di muka bumi Allah ini. Kita di utuskan adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Dalam masa yang sama kita hendaklah melakukan amal-amal ma'aruf dan menjauhi amalan-amalan mungkar. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama meningkatkan amal kita pada bulan yang mulia ini agar kita dapat mendekatkan diari kita kepada Allah S.W.T.

Penghujung kata dari saya,marilah kita renung kembali amalan-amalan yang telah kita lakukan di masa lampau. Adakah itu semua sudah cukup untuk membawa kita ke syurga? Masih banyak lagi yang kita perlu perbaiki. Seperti ceramah Al-Fadhil Ustaz Dr. Haron Din, Planet Marikh telah pun berpusing ke arah songsang di mana matahari telah berputar dari barat ke timur. Mungkin tidak lama lagi bumi kita pula akan mengalami nasib yang sama. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama mempertingkatkan amalan kita agar kita membawa bekalan yang secukupnya untuk bertemu dengan Allah kelak. Marilah sama-sama kita memanfaatkan bulan Ramadhan dengan sebanyak-banyak amalan kerana mungkin ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat kita. Sekian. Wassalam....

No comments:

Berbuka puasa di PWTC

Berbuka puasa di PWTC