Thursday, December 4, 2008

Bercuti...

Assalamualaikum...
Lama aku tidak update blog ni. Maklumlah, tengah sibuk bercuti di rumah. Ni sudah masuk minggu yg ke 3 aku berada di rumah. Agak bosan juga sebab tiada planning cuti ni. Kelmarin, aku berjalan-jalan ke One Borneo. Best jg sebab tempat tu first time aku pegi. Agak besar juga. Kalo di KL macam Midvalley juga la. Tapi, first yang aku cari dekat one borneo ialah tempat boling. Hehe. Aku mencari tempat perlawanan yang sesuai antara aku dan Samsul Juwait. Harap-harap, match kami dapat di langsungkan pada tahun depan. Itu pun kalau si Samsul ni balik dan dia berani sahut cabaran aku. Haha. Ok la. Samapai di sini sahaja dulu. Minggu ni agak sibuk sebab kakak aku yang sulung akan bertunang. Tahniah la aku ucapkan untuk dia. Harap-harap, cepat la kawin ya. Ni ramai sudah adik-adik ko tunggu turn untuk kawin terutama si Hannan. Banyak sudah girlfriend dia tu. Haha. Akhir kata, kepada kawan-kawan, jemputlah hadir pada hari sabtu ni lepas solat zohor (12.30pm) waktu Sabah. hehe. Akhir kata, selamat bercuti dan selamat mencari sponsor untuk ke Mesir buat sahabat-sahabat sekelas. Wassalam.....

Friday, October 10, 2008

Hikmah Mengerjakan Solat Tahajjud

Mendapat kesenangan di dunia dan di akhirat antaranya;-

1) Wajahnya akan memancarkan cahaya keimanan

2) Akan dipelihara oleh Allah dirinya dari segala macam bahaya

3) Setiap perkataannya mengandungi erti dan dituruti oleh orang lain

4) Akan mendapat perhatian dan kecintaan dari orang-orang yang mengenalinya

5) Dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang bercahaya

6) Diberi kitab amalan di tangan kanannya

7) Dimudahkan hisabnya

8) Berjalan di atas shirath sepantas kilat

Renung-renungkanlah...

Doa kemudahan dari segala urusan

" Ya Allah, aku memohaon kepadaMu kesempurnaan nikmat pada segala perkara dan mensyukuriMu atasnya, sehingga Engkau redha dan sesudah redha itu aku mohonkan pula padaMu untuk memilih segala apa yang boleh dipilih dan dengan segala kemudahannya, bukan yang sulit lagi sukar dikerjakan. Wahai Tuhan Yang Mulia. Amin"

Thursday, September 25, 2008

Perjalanan.....

Sesungguhnya perjalanan sejauh beribu-ribu batu itu bermula dengan langkah yang pertama. Setiap kali diri kita melangkah, mulakanlah dengan nama Allah. Moga apa sahaja yang kita lakukan akan diberkati.

Sejauh mana pun diri kita melangkah sepanjang perjalanan yang kita lalui, INSYALLAH, dengan izin Allah, kita akan sampai ke destinasi itu

Tetapi, andai kita tidak sampai ke destinasi itu, atau kita tersalah haluan, maka seharusnya kita kembalilah ke pangkal jalan, beristighfar, dan memohon kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus lagi benar.

Ketahuilah teman, andai destinasi kita tidak sehaluan, INSYALLAH, kita pasti bersua di satu titik pertemuan, iaitu atas dasar Taqwa dan Iman....

Tuesday, September 23, 2008

12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:
"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA 
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA 
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA 
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT 
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA 
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM 
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH 
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN 
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN 
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH 
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS 
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.
Kita renung-renungkanlah.
WASSALAM....

Sunday, September 21, 2008

Berbuaka di Pwtc


Asslamualaikum.
Hari ini saya pergi ke majlis berbuka puasa di PWTC. Majlis berbuka ini dianjurkan oleh Yayasan Sabah dan telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman, merangkap Ketua Menteri Sabah. Beliau turut berbuka puasa bersama anak jati Sabah

Sebenarnya, saya mengikuti program ini bukan mewakili pelajar-pelajar sabah dari UiTM. Tetapi saya mengikuti secara sembunyi-sembunyi mengikut pelajar-pelajar Sabah dari UIA. hehe. Dengan bergaya seperti seorang pelajar yang mengambil jurusan agama, ramai yang tidak mengetahui bahawa saya menyamar menjadi pelajar UIA.  Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Hisham Tahir, president anak-anak Sabah di UIA yang memberi peluang kepada saya untuk mengikuti rombongan mereka. Beliau juga merangkap senior saya semasa bersekolah di SMK Agama Kota Kinabalu.

Ramai sahabat-sahabat sekolah dan matrikulasi Labuan yang saya temui. Banyak juga cerita-cerita yang dapat dikongsikan sepanjang program itu. Saya juga sempat berjumpa dengan adik saya, iaitu Hannan yang datang daripada UTM, Johor. Ramai juga kawan-kawan lama yang sempat saya jumpa.Diantaranya Jamil, Raif, Aisyah, Khadijah, Raslinati, Fatihah, Angah, Asilah, Yunus, Suharto, Oyo, Samsudin, Nizam, Adi dan ramai lagi. Saya rasa seronok sangat sebab dapat berkumpul dan berjumpa dgn sahabat-sahabat yang lama.

Akhir sekali, Ketua Menteri sempat memberi sumbangan duit raya kepada siswa-siswi. Agak lumayan juga. Rm 60 seorang. Hehe. Mungkin ini merupakan tahun terakhir saya mengikuti program ini kerana INSYALLAH tahun depan saya dah habis belajar. Walaupun menjadi orang tumpangan, tapi saya tetap berpuas hati sebab niat saya untuk menghadiri majlis ini sudah pun tercapai. ALHAMDULILLAH..

Saturday, September 20, 2008

Lawatan ke UIA (Universiti Islam Antarabangsa)

Salam.
Hari ini aku berada di bumi UIA. Suasana sini amat sejuk jika di bandingkan dengan rumah aku di sekdyen 7. Berada di kaki gunung genting Highland memungkin suasana di sini sesejuk berada di Kundasang.

Semalam, bermacam dugaan yang aku hadapi ketika dalam perjalanan ke UIA. Bermula dari seksyen 2, aku menaiki bas sehingga sampai ke KL Sentral. Sepanjang perjalanan, aku hanya mampu berdiri kerana tiada kekosongan di deck penumpang. Hampir 1 jam lebih aku berdiri di dalam bas.

Setibanya di KL Sentral, aku menaiki pula putra LRT menuju ke Terminal Putra yang terletak di Gombak. Perjalanan ini mengambil masa dalam lingkungan 35minit untuk sampai ke destinasi. Ceritanya sama sepeti berada di dalam bas. Aku hanya mampu berdiri sepanjang perjalanan. Secara keseluruhan, aku berdiri hampir 2 jam menuju ke UIA. Amat menguji keimanan.

Setelah sampai di terminal Putra, Arifuddin yang berjanji menjemput aku di stesyen juga mengambil masa yang lama. Aku tiba di terminal dalam lingkungan 5pm. Namun, aku di jemput tepat jam 6.03pm. Huhu. Bertambah lagi ujian terhadap diri ini.Namun, sewaktu menunggu Arifuddin, aku sempat membaca buku yang "soal jawab muda-mudi tentang Percintaan dan Pertunangan" yang di karang oleh sahabat kepada ustazah Hidayah iaitu Juraish Kamaruddin. Bagi aku, buku ni amat sesuai untuk dibaca oleh golongan remaja kerana ia banyak membatu dan dalam pada masa yang sama juga dapat memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja kini bagaimana cara yang di syorkan oleh Islam untuk memikat pasangan yang diidamkan.

Pada malamnya, aku bersolat Isya' dan solat sunat Terawih di masjid Sultan Ahmad Shah, UIA. Ini merupakan kali kedua aku bersolat terawih di masjid ini. Kali pertama aku bersolat di masjid ini pada ramadhan tahun lalu ketika hendak meghantar Samsul Juwait di KLIA yang berlepas ke United Kingdom. Aku dapat merasakan satu perbezaan ketara ketika berterawih di sini dengan berterawih di surau Seksyen 7. Imam di sini merupakan seorang "foreign student" dan bacaannya pula tidak terlalu laju di baca dengan penuh bertajwid. Jika aku berterawih di surau seksyen 7, Imam membaca terlalu laju sehingga bacaan yang dibaca kurang jelas. Apapun, itu la perbezaan yang ketara yang aku dapat lihat ketika berada di UIA.

Selepas terawih, tepat jam 12, aku, Arifuddin, Imran @blues dan Al Imam Al-Hafiz Mohd Aisamuddin berkumpul di cafe ALI. Kami berborak lebih dari 2 jam sehingga 2 pagi. Rindu dengan mereka semua. Tetapi aku rasa sedikit bersalah kerana Aisamuddin ada ujian "tasmi'" untuk hafazan beliau selepas solat subuh. Risau pula Al-Hafiz Aisamuddin ni hilang hafalan yang di bacanya. Dalam jam 2 pagi, kami pun beredar ke destinasi masing-masing.

Berbuka puasa di PWTC

Berbuka puasa di PWTC